Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- 1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- 2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- 3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- 4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- 5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- 6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Tarikh: 13 Februari 2018
Tempat: Balai Raya Kg Merapoh
Masa: 2.30 Petang - 5.00 Petang
http://kgmerapoh.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=5#sigFreeId31c3a20d12
Tarikh: 12 Julai 2018
Tempat: Klinik Kesihatan Kg Merapoh
Anjuran: Panel Penasihat KK Merapoh
"Warga Emas Sihat Tanpa Tibi" merupakan salah satu program sehari bersama masyarakat warga emas Kampung Merapoh dan sekitarnya seperti Kampung Mentara Baru dan Kampung Teluk Gunung. Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada warga emas terhadap penyakit batuk kering atau tibi. Disamping itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program tersebut seperti senamrobik warga emas, ceramah tibi, pemeriksaan kesihatan dan jamuan hari raya. Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Noor Hafizan Bt. Mat Salleh iaitu Pegawai Kesihatan Daerah Lipis.
http://kgmerapoh.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=5#sigFreeIdae4698561b
Tarikh: 13 Januari 2018
Tempat: Balai Raya Kg Merapoh
Anjuran: Subang Jaya Medical Centre
http://kgmerapoh.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=5#sigFreeId840ee6ed52