KELAS USAHAWAN INTEL(PENGURUSAN KEWANGAN) TELAH MEMBANTU PARA USAHAWAN DALAM BIDANG PENGURUSAN DAN PERANCANGAN KEWANGAN DI DALAM PERNIAGAAN
Nama: Usahawan Kg Merapoh
Latar Belakang
Kelas Usahawan Intel yang telah diadakan telah memberi ilmu baharu kepada para usahawan Kg Merapoh dalam pengurusan dan perancangan perniagaan mereka. Jika sebelum ini, mereka lebih memfokuskan kepada promosi dan jualan, kini dengan kelas yang memfokuskan kepada pengurusan wang dan kewangan para usahawan Kg Merapoh sudah mula berani dan mula mengambil inisiatif dalam mengembangkan perniagaan mereka. Didalam kelas Intel (Pengursan wang dan Kewangan), petugas PI1M mendedahkan kepada para usahawan tentang jenis-jenis asset, liability (hutang), modal. Selain daripada itu, petugas juga mendedahkan kepada para usahawan ilmu tentang cara untuk merekod duit masuk dan keluar bagi perniaggan dan mmbuat penyata kira-kira untuk perniagaan. Tambahan pula, petugas juga mendedahkan kepada para usahawan tentang kepentingan pengurusan wang secara teratur dan tepat serta kegunaanya di dalam perniaagan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Para usahawan hanya memfokuskan kepada promosi dan jualan produk di fb dan group whatapps tanpa mengambil kira pentingnya pengurusan kewangan yang sistematik dan tepat di dalam perniagaan. Ada diantara usahawan membuat rekod duit masuk namun tiada rekod untuk duit keluar. Ada juga usahawan, yang mencampuradukkan duit perniagaan dengan duit peribadi dan ada juga usahawan tidak membuat rekod langsung. Selain daripada itu, para usahawan juga takut dan tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan dana dalam mengembangkan lagi perniaagaan mereka. Oleh kerana itu, mereka menghadapi dan menanggung kos-kos dan risiko pengeluaran yang melebihi kemampuan perniaagan mereka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti Kelas Usahawan Intel (Pengurusan Wang), para usahawan Kg Merapoh telah mula sedar akan kepentingan perekodan duit msuk dan keluar di dalam perniagaan. Mereka telah mula mempelajari bahawa kewangan yang teratur di dalam perniagaan amatlah penting terutamanya di dalam membuat keputusan dan permohonan dana tambahan kerana pihak pemberi peminjam akan melihat pertumbuhan perniaagan mereka melalui rekod kewangan perniagaan mereka. Contoh terdekat boleh dilihat pada salah satu usahawan PI Kg Merapoh iaitu pengusaha kedai kek Sister’s Bakery, iaitu Kak Nani di mana beliau sudah mula melangkah setapak atas tujuan pembesaran premis beliau dengan memohon pinjaman dari Agrobank (untuk usahawan bumiputera), dan permohonan dana dari Yb Dato Abdul Rahman, Ahli Parlimen Lipis. Sebelum kelas pengurusan wang ini dijalankan, Kak Nani tidak tahu dan takut untuk memohon pinjaman dan dana.
Petugas memberikan penerangan tentang Pengurusan Kewangan kepada para usahawan
Para usahawan khusyuk mendengar penerangan yang diberikan