MENJUAL ANAK POKOK SECARA ATAS TALIAN
Nama: Rosila Binti Mohd Noor
Umur: 39 Tahun
Ahli: 2019
Latar belakang
Puan Rosila atau lebih dikenali sebagi Cikgu Rosila merupakan salah seorang pendidik di SK Teluk Gunung. Dilahirkan di Kelantan dan ditukarkan ke Merapoh beberapa tahun lalu dari sebuah sekolah di Sabah tidak menyukarkan Cikgu Rosila untuk membina hubungan yang rapat bersama penduduk di Merapoh. Selain daripada tugas hakiki sebagai seorang pendidik, Cikgu Rosila mempunyai minat yang mendalam terhadap tanaman jenis pokok bunga termasuklah bunga ros jepun, bunga ati – ati , bunga 10 pagi dan lain – lain. Beliau juga turut aktif dalam aktiviti menghias kawasan di sekolah beliau dengan menanam anak pokok bunga bersama para pelajar dan guru. Oleh kerana minat beliau dalam tanaman dan bunga – bungaan, Cikgu Rosila membina sebuah taman mini bunga di halaman rumah beliau dibantu oleh suaminya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan buat beliau.. Pada permulaanya, Cikgu Rosila membina taman bunga ini hanya sekadar meluangkan masa yang lapang.. Idea untuk memulakan jualan anak – anak pokok ini tercetus apabila Cikgu Rosila menyedari bahawa rupanya terdapat ramai penggemar bunga selain beliau terutamanya di kalangan sanak – saudara dan rakan – rakan yang telah tertarik kepada pokok Bunga yang dtanam oleh beliau setiap kali berkunjung ke rumahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali petugas PIK Kg Merapoh, Cikgu Rosila hanyalah membuat promosi jualan anak pokok beliau di kalangan rakan –rakannya. Beliau kemudian di masukkan di dalam Group Whatapps yang ditubuhkan oleh petugas PIK sejak 2017 yang lalu dengan memfokuskan jualan di sekitar Merapoh. Di dalam Group tersebut, beliau mula memperkenalkan lebih meluas produk tanaman bunga dan anak pokok kepada komuniti Merapoh.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menyedari bahawa jualan atas talian berkemabng pesat ketika ini, beliau telah mendaftarkan diri bagi mengikuti kelas asas Jualan atas Talian di Shopee anjuran PIK Kg Merapoh yang diadakan pada September 2020 yang lalu. Kursus asas ini memdedahkan beliau kepada cara membuat profile kedai yang menarik, cara memasukkan butiran produk jualan, gambar produk, meletakkan tetapan harga produk bersama kos-kos yang akan terlibat serta cara pembungkusan yang selamat di terima oleh pembeli. Bermula dari “zero” berkenaan jualan di Platform Shopee, beliau kini telah berjaya menambah pendapatan keluarga melebihi RM500 pada bulan.
Puan Rosila (tuudng corak kuning) hadir mengikuti Kelas Pemasaran atas talian di Shopee di PIK Kg Merapoh
Antara produk (anak pokok) beliau