Tarikh:     6 Disember 2017

Masa:      10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi:    PI1M Kg Merapoh

Peserta:  2 Orang

Tujuan

Membantu pelajar meningkatkan kemahiran dalam aktiviti mengedit gambar dengan menggunakan  perisian online Canva.

Aktiviti

  • - Pelajar diberi penerangan ringkas tentang fungsi perisian online Canva.
  • - Pelajar diminta untuk mengedit menggunakan layout yang terdapat di dalam perisian Canva.

- Pelajar diberi tunjuk ajar cara untuk memasukkan teks dan gambar di layout tersebut.

25360732 1613454792049457 1769228563 n 25395296 1613454822049454 1513082333 n

 

Tarikh:    21 Oktober 2017

Masa:     10.30 Pagi - 1.00 Petang

Lokasi:    PI1M Kg Merapoh

Peserta:  19 Orang

Tujuan

Memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada usahawan dan komuniti tempatan bagaimana cara untuk menjana pendapatan secara digital iaitu melalui laman web eRezeki.

Aktiviti

-Petugas memberi penerangan awal apa itu eRezeki, fungsi dan kelebihan eRezeki serta aplikasi yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan secara online.

-Petugas membimbing para peserta cara untuk membuat dan mebuka akaun di laman web eRezeki.

-Petugas memantau dan membimbing para peserta mengisi maklumat diri di akaun eRezeki masing-masing.

 

EREKI erezeki4

Tarikh:    9 Oktober 2017

Masa:     4.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi:    PI1M Kg Merapoh

Peserta:  11 Orang

Tujuan

Memberi peneranagan kepada komuniti tentang apa itu Dashboard dan My Komuniti.

Aktiviti

-Tayangan video dashboard dibuka kepada para peserta untuk memberikan kefahaman kepada mereka apa itu Dashboard Komuniti.

-Petugas memberikan penerangan kepada para peserta berkenaan dengan My Komuniti.

 

IMG 2843 IMG 2831

Tarikh:    11 Oktober 2017

Masa:     10.30 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi:    PI1M Kg Merapoh

Peserta:  3 Orang

Tujuan

Membantu pelajar meningkatkan kemahiran menggunakan  Microsoft Office 2010 iaitu Microsoft Excel sebagai langkah persediaan melangkah ke alam pekerjaan.

Aktiviti

  • - Pelajar diberi penernagan ringkas ttg funsi setiap Microsoft Excel 2010.
  • - Pelajar diberi tunjuk ajar membuat jadual dan mengira formula di dalam Microsoft Excel.
  • - Pelajar diajar cara untuk memasukkan dan mengeluarkan  data dalam bentuk carta pai.
  • - Pelajar diajar cara untuk drag nombor dan formula.

 

EXCEL excel11

Tarikh:    9 Oktober 2017

Masa:     3.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi:    PI1M Kg Merapoh

Peserta:  11 Orang

Tujuan

Membantu pelajar meningkatkan kemahiran menggunakan  Microsoft Office 2010 iaitu Microsoft Word dalam persediaan melangkah ke sekolah menengah yang akan memerlukan mereka menggunakan Microsoft Office 2010 dan memberi pendedahan awal kepada adik-adik lepasan UPSR apa itu komputer dan cara penggunaannya.

Aktiviti

  • - Pelajar diberi penerangan ringkas tentang funsi setiap Microsoft Office 2010.
  • - Pelajar diminta untuk menaip nama menggunakan pelbagai size dan font.

- Pelajar diberi tunjuk ajar cara untuk memasukkan gambar dan jadual di Microsoft Word 2010.

 

IMG 2827 IMG 2826