MASJID JAMEK KAMPUNG MERAPOH
Pengenalan:
Masjid Jamek Kampung Merapoh ini terletak di dalam kawasan perkampungan Merapoh dan merupakan masjid utama yang digunakan oleh penduduk kampung Merapoh ini.
Fungsi
- Tempat solat berjemaah
- Solat Jumaat
- Mengadakan majlis- majlis ilmu
Senarai Nama Imam, Bilal Dan Siak Masjid Jamek Kampung Merapoh
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
1 |
Wan Azizol Bin Wan Daud |
Imam |
2 |
Rosdi Bin Ajit |
Imam |
3 |
Omar |
Bilal |
4 |
Hussin Bin Aziz |
Siak |
PADANG AWAM KAMPUNG MERAPOH
Pengenalan:
Padang awam ini terletak bersebelahan dengan bangunan PI1M kg. Merapoh yang mana sentiasa menjadi tumpuan anak muda dan kanak-kanak pada waktu petang sama ada untuk beriadah termasuk aktiviti bermain bola sepak sesama belia kampung. Selain itu, padang ini juga digunakan untuk aktiviti-aktiviti kampung seperti program anjuran JKKK dan lain-lain lagi.
DEWAN BELIA KAMPUNG MERAPOH
Pengenalan:
Dewan ini terletak di tengah-tengah kampung Merapoh dan ia merupakan tempat di mana penduduk menggunakan dewan ini sebagai tempat menjalankan aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung setempat seperti mengadakan majlis jamuan makan, program-program kampung dan juga aktiviti sukan seperti badminton dan lain-lain lagi. Dewan ini juga merupakan pejabat bagi persatuan Belia kampung Merapoh yang mana segala aktiviti mereka dijalankan di dalam dewan ini.
GELANGGANG SUKAN PELBAGAI GUNA
Pengenalan:
Gelanggang sukan pelbagai guna ini terletak bersebelahan dewan belia kampung Merapoh. Ia merupakan kemudahan untuk penduduk kampung bagi aktiviti sukan gelanggang sepeti futsal, bola jaring dan sepak takraw yang boleh digunakan oleh penduduk kampung pada bila-bila masa dengan mendapatkan kelulusan daripada pihak penyelaras gelanggang.