TAMAN NEGARA SUNGAI RELAU

Pengenalan:

                Taman Negara Sungai Relau, Merapoh merupakan salah satu  destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia yang mana ia juga merupakan lokasi permulaan pendakian ke gunung Tahan selain dari Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.Taman Negara  Sungai Relau ini mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah iaitu sejenis ikan popular yang mana harga seekor ikan boleh mencecah ratusan ringgit. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara.

Info Pelawat :

Permit Dan Lesen

Setiap  pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM 1.00  seorang. Harga lesen  memancing ialah RM 10.00 setiap satu dan lesen kamera ialah RM 5.00 setiap satu.

Kemudahan yang disediakan:

- Tapak perkemahan/tandas awam

- Kawasan rekreasi/gazebo bersebelahan sungai serta tapak BBQ

- Pengangkutan pacuan 4 roda (tempahan)

- Perkhidmatan pemandu pelancong (tempahan)

 

MENDAKI GUNUNG TAHAN

DAKI GUNUNG

 

Untuk mendaki Gunung Tahan, pelawat perlu melalui sungai Relau dan menaiki pacuan 4 roda ke Juram iaitu tempat permulaan aktiviti pendakian. Pendakian ini mengambil masa kira-kira 4 hari iaitu bermula di sungai Relau dan berakhir di Gunung Tahan. Setiap pelawat yang hendak mendaki gunung Tahan perlulah mendapatkan khidmat pemandu pelancong danmematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak PERHILITAN dan Taman Negara.

 

MEMBERI MAKAN IKAN KELAH

 

BERI MAKAN IKAN

 

Aktiviti ini merupakan daya tarikan kepada peminat ikan air tawar. Pelawat berpeluang memberi makan kepada ikan kelah dan memegangnya sekaligus melihat dengan lebih dekat habitat semulajadinya.

Alamat:

Taman Negara Sungai Relau, Merapoh

27210 Kuala Lipis, Pahang

Tel/ Faks:09-912 4894   

     

                Bagi  aktiviti-aktiviti di dalam taman negara ini, pihak Taman Negara Sungai Relau telah membuka peluang perniagaan penduduk Kg. Merapoh sebagai sumber pendapatan yang mana mereka memberi perkhidmatan jurupandu dalam taman negara, pengangkutan dan juga aktiviti-aktiviti lain yang disediakan. Pak Teh Lan merupakan salah seorang yang menjalankan perniagaan ini. Beliau bukan sahaja menjadi jurupandu pendakian gunung, malah turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan katering.

Untuk menghubungi beliau :

MR ROSLAN ABDULLAH (Pak Teh Lan)  : 017-9153034