Kampung Merapoh telah dibuka sekitar tahun 1929. Sejarah kampung ini memperolehi nama “Merapoh” mempunyai pelbagai versi. Versi pertama seperti yang yang disebut oleh Haji Aziz Aki Mohamad bahawa nama Merapoh dihubungkan dengan sepohon pokok Rapoh yang ditemui oleh sekumpulan orang asli ketika mereka mencari rezeki di hutan. Versi kedua , nama Merapoh berdasarkan kisah kehidupan orang asli yang terdedah kepada ancaman binatang buas. Ada di antara mereka yang telah menjadi mangsa harimau. Apabila ditanya bagaimana harimau membaham mereka, lalu mereka menjawab “ rapuh sungguh binatang itu membaham kami”. Versi ketiga pula, nama asal Merapoh ini dikatakan berdasarkan keadaan kawasan ini yang dipenuhi repoh (Kayu kecil). Manakala versi keempat pula nama kampung ini dikatakan diambil sempena nama sejenis buah hutan yang dikenali sebagai buah Merapoh oleh ketua masyarakat orang asli (Tok Batin) yang tinggal di kampung ini dahulu.
Sebelum Merapoh menjadi sebuah perkampungan tradisional melayu, kawasan ini telah didiami oleh penduduk asli sepertimana juga tempat-tempat lain di hulu Pahang. Sejak 11000 tahun yang lalu, sekumpulan primitive dari daratan asia yang disebut orang mesolitik iaitu orang asli yang dikenali sebagai etnik Negrito dan Senoi sudah pun mendiami hulu Pahang. Namun begitu, penghijrahan orang melayu terawal di hulu Pahang hanya berlaku kira-kira 2000 tahun yang lalu, apabila orang melayu-pesisir atau disebut melayu jati mula membuat penempatan di tebing-tebing sungai Jelai dan Sungai Lipis sehingga ke kemuncaknya termasuk anak-anak sungai, manakala sebahagian mereka lagi telah membuat kediaman di daratan.
Penemuan awal kampung Merapoh ini oleh orang melayu ini dikatakan berpunca daripada kisah Dato’ Panglima Sam dari Kampung Dusun, Kecau (Lipis) yang suka berburu di hutan sehingga melewati kawasan ini. Kesesuaian kawasan dan kesuburan tanah ini menyebabkan beberapa penduduk kecau seperti Haji Mat Piah, Haji Mat Samad, Aki Long, Aki Min dan Aki Mohamad berminat untuk meneroka kawasan tersebut. Penghijrahan awal ini disusuli pula oleh sekumpulan keluarga keturunan Minangkabau dari kampung Telang seperti pawing Akub, Awang Bakri, Tok Mat Ayat, Tok Pawang De dan Tok Minangkabau. Keturunan orang-orang Minangkabau ini kemungkinan besar mereka merupakan titisan warisan kumpulan orang-orang Minangkabau (Sumatera) yang memasuki Jelai (Hulu Pahang) serentak dengan zaman pembukaan Jelai oleh nenek moyang Seri Maharaja Perba pada abad ke 16 M iaitu pada zaman pemerinahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Syah ( Sultan Pahang XII, 1592-1614M-zuriat langsung Raja Melaka).
Kegiatan utama penduduk Kampung Merapoh ketika itu adalah padi sawah di mana dataran Sungai Merapoh amat subur dan sesuai penanaman padi. Untuk mendapatkan bekalan air bagi penanaman padi, semua penduduk kampung bergotong-royong membina empangan pada tahun 1932. Empangan dan tali air ini kemudian dibesarkan oleh kerajaan British dan dirasmikan pembukaannya oleh Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) dengan mengorbankan beberapa ekor kerbau (1937).
Menurut sejarah Kampung Merapoh ini juga, dikatakan kawasan ini pernah turut sama didiami oleh kaum cina. Ini berpunca daripada pelombong cina yang telah menjumpai kawasan bijih besi dan emas di kawasan kampung ini. Walaubagaimanapun, selepas darurat diisytiharkan darurat pada tahun 1948, kawasan lombong itu telah ditutup malah para pelombong bersama penduduk cina yang lain telah berpindah ke kampung Jerkoh melalui program penempatan semula di kampung baru. Sehubungan itu, tidak kedapatan pun penduduk tetap berbangsa cina di kampung ini.
Kejayaan pembukaan kampung ini pada umumnya bukan sahaja disebabkan pertanian keluarga dan ukhwah islamiah yang kuat di kalangan penduduk, tatapi turut diperkuatkan dengan kewibawaan kepimpinan Haji Zakaria bin Mat Piah, selaku Penghulu Merapoh terawal. Kini (2013) kampung Merapoh yang sudah berusia 83 tahun terus menikmati arus kemajuan di bawah Pelan pembangunan kerajaan terutama pembangunan teknologi maklumat (IT) kepada penduduk kampung seiring dengan arus kemodenan di zaman kini.Kampung Merapoh telah dibuka sekitar tahun 1929. Sejarah kampung ini memperolehi nama “Merapoh” mempunyai pelbagai versi. Versi pertama seperti yang yang disebut oleh Haji Aziz Aki Mohamad bahawa nama Merapoh dihubungkan dengan sepohon pokok Rapoh yang ditemui oleh sekumpulan orang asli ketika mereka mencari rezeki di hutan. Versi kedua , nama Merapoh berdasarkan kisah kehidupan orang asli yang terdedah kepada ancaman binatang buas. Ada di antara mereka yang telah menjadi mangsa harimau. Apabila ditanya bagaimana harimau membaham mereka, lalu mereka menjawab “ rapuh sungguh binatang itu membaham kami”. Versi ketiga pula, nama asal Merapoh ini dikatakan berdasarkan keadaan kawasan ini yang dipenuhi repoh (Kayu kecil). Manakala versi keempat pula nama kampung ini dikatakan diambil sempena nama sejenis buah hutan yang dikenali sebagai buah Merapoh oleh ketua masyarakat orang asli (Tok Batin) yang tinggal di kampung ini dahulu.

Kejayaan pembukaan kampung ini pada umumnya bukan sahaja disebabkan pertanian keluarga dan ukhwah islamiah yang kuat di kalangan penduduk, tatapi turut diperkuatkan dengan kewibawaan kepimpinan Haji Zakaria bin Mat Piah, selaku Penghulu Merapoh terawal. Kini (2013) kampung Merapoh yang sudah berusia 83 tahun terus menikmati arus kemajuan di bawah Pelan pembangunan kerajaan terutama pembangunan teknologi maklumat (IT) kepada penduduk kampung seiring dengan arus kemodenan di zaman kini.