Kampung Merapoh merupakan sebuah perkampungan yang damai dan penuh kehijauan flora dan fauna yang mana terletak di mukim Batu Yon 2, daerah lipis, Pahang Darul Makmur. Di dalam kampung merapoh terdapat 7 rangkaian kampung lain iaitu kampung Tagang, Kampung Salak, Kampung Tepi Parit, Kampung Kubang Tengah, Kampung Kumbang Hilir, Taman Berkat dan RPS Merapoh. Dari segi geografinya , Kampung Merapoh terletak di sebelah utara Pahang. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan sempadan negeri Kelantan iaitu Cuma 25 kilometer sahaja dari Bandar Gua Musang. Manakala jarak dari Bandar Kuala Lipis pula adalah sejauh 98 kilometer. Bagi sesiapa yang mempunyai destinasi dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui Jalan Lipis-gua musang, pasti akan melalui kampung merapoh kerana Lokasi kampung ini terletak di tengah-tengah perjalanan jalanraya Kuala Lumpur - Kelantan yang mana jarak dari Kuala Lumpur adalah 250 kilometer, manakala jarak dari Kota Bharu, Kelantan adalah 225 kilometer. Kampung ini adalah merupakan ‘ gate-way’ ke Kelantan melalui jalan Lipis-Gua Musang. Lokasinya yang terletak di pertengahan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Kelantan ini telah menyebabkan kampung ini menjadi tempat persinggahan/istirehat bagi para pemandu kenderaan untuk berehat sebelum meneruskan semula perjalanan.
MAKLUMAT KG MERAPOH: