Tarikh: 13 Januari 2018

Mt. Tahan Climbathon "the greatest trail" merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan seperti 10Sense, Merapoh Biosphere, Merapoh Adventure dan RA Adventure serta turut dibantu oleh agensi kerajaan seperti PERHILITAN, PDRM dan Bomba. Ia merupakan aktiviti mendaki gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan. Catatan masa terbaik pada tahun ini ialah 6 jam 29 minit.

Sungai Yu dan Eco Viaduct merupakan salah satu kawasan menarik yang terdapat berhampiran dengan Kampung Merapoh dimana jaraknya adalah lebih kurang 10 hingga 15 kilometer sahaja.  Sungai Yu merupakan kawasan yang menarik kerana mempunyai kawasan rekreasi dan sungai yang airnya sejuk dan jernih. Hal ini telah menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke Sungai Yu. Selepas Lebuhraya Central Spine Road yang menghubungkan negeri Pahang dengan negeri Kelantan dibina, wujud pula Eco Viaduct di kawasan Sungai Yu tersebut,

          Eco Viaduct merupakan jambatan bagi hidupan liar melintas. Eco Viaduct Sungai Yu bukanlah jambatan hidupan liar yang pertama di Malaysia tetapi ia adalah jambatan hidupan liar yang terpanjang di Malaysia iaitu 927 meter. Eco Viaduct dibina bagi mengurangkan ancaman terhadap habitat asal bagi hidupan liar dan dapat mengurangkan risiko haiwan liar mati dilanggar oleh kenderaan. Walaupun pembinaan Eco Viaduct tersebut hanya untuk mengurangkan ancaman kepada hidupan liar, namun ia adalah sebuah kawasan yang menarik untuk dikunjungi kerana mempunyai pemandangan yang begitu indah.

yu2 1 orig

Mercu tanda Eco Viaduct yang dapat dilihat apabila melalui Lebuhraya CSR

 

 DSC7189

Kawasan rekreasi Sungai Yu yang mempunyai air yang jernih dan sejuk

Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di semenanjung Malaysia (2,187 m). Ia terletak di Taman Negara Pahang dan merupakan salah satu gunung yang paling mencabar untuk didaki. Ia terletak kira-kira 53km dari Kampung Kuala Tahan, Jerantut atau 32km Kuala Juram, Merapoh.
 
Terdapat 3 laluan / laluan popular untuk sampai ke puncak iaitu:
 
Sungai Relau - Gunung Tahan - Sungai Relau
Sungai Relau - Gunung Tahan - Kuala Tahan
Kuala Tahan - Gunung Tahan - Sungai Relau
 
wp image 1164994223jpg
Papan tanda yang terletak di puncak Gunung Tahan
 
600 448920005
Pemandangan dari puncak Gunang Tahan
 
 
Kewujudan gua batu kapur dilihat mampu menambah bilangan lokasi destinasi pelancongan di Merapoh selain tumpuan pelawat domestik dan pelancong luar ke Taman Negara Sungai Relau. Adun Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, gua berkenaan amat sesuai untuk kegiatan riadah dalam kalangan belia tempatan dan pelawat luar untuk eksplorasi membuat kajian geologi, sejarah dan mengenali batu kapur termasuk habitat hidupan di dalamnya.
 
“Kerajaan negeri memberi jaminan akan mengekalkan lokasi gua berkenaan, Taman Negara Sungai Relau dan santuari Ikan Kelah Sungai Juram sebagai destinasi pelancongan sekali gus memberi manfaat penduduk menambah pendapatan menerusi pemasaran dalam sektor berkenaan,” katanya di sini, kelmarin.
 
Mustapa berkata, antara gua yang menarik serta mencabar sesuai untuk kegiatan riadah dan rekreasi ialah Gua Jinjang Pelamin, Gua Anak Jinjang, Gua Seribu Cerita, Gua Kelopak, Gua Katak, Gua Bilah, Gua Hanuman, Gua Hantu Menari, Gua Kalong, Gua Sisik Naga, Gua Tahi Bintang, Gua Air Mata Dayang, Gua Hari Malaysia dan puluhan gua yang lain.
 
“Perjalanan merentasi denai dan hutan Taman Negara Sungai Relau sebelum memasuki kawasan kaki gua batu kapur juga menyajikan keindahan alam sekitar yang jarang terdapat di destinasi percutian lain.
 
“Apatah lagi, sepanjang laluan berkenaan pelawat akan menemui pelbagai spesies tumbuhan, serangga dan jika bernasib baik dapat melihat bunga Pakma atau Rafflesia di hutan tropika Taman Negara Sungai Relai,” katanya.
 
Sumber: Sinar Online