KLIK GAMBAR
Encik Khairi merupakan salah seorang usahawan pertanian yang menjalankan penanaman Rock Melon secara komersil di Merapoh. Projek beliau turut dibantu pihak jabatan pertanian,FAMA lipis dalam memastikan projek penanamannya berjaya. Beliau kini memasarkan produk beliau di sekitar merapoh dan jualan pukal kepada pemborong luar.
Bagi penduduk sekitar merapoh yang ingin membeli rock melon, beliau hanya membuka jualan ladang pada hari jumaat dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Hasil dari bantuan PI kg Merapoh juga beliau kini telah membuat jualan secara COD (Cash on Delivery) melalui permintaan penduduk merapoh dalam group whatsapp yang diwujudkan khas oleh pihak PI1M.
Kini, beliau boleh berbangga dengan hasil penamanan beliau. Sesiapa yang ingin merasa kemanisan rock Melon merapoh, silalah hubungi beliau di facebook: https://www.facebook.com/khairi.ikzan.7