TAKLIMAT eREZEKI MEMBUKA MATA KOMUNITI SETEMPAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA DIGITAL

Latar Belakang

Sebelum ini, PI Kg Merapoh mengambil inisiatif dengan menubuhkan group whatappas ‘Iklan Jualan Merapoh’ yang memfokuskan para usahawan Merapoh untuk mempromosi dan menjual produk mereka kepada komuniti Merapoh. Group Whatapps ini telah mendorong ramai usahawan terutamanya para isteri yang tidak bekerja untuk menjana pendapatan mereka melalui khidmat COD. Namun, bagaimana pula dengan komuniti yang tidak mempunyai produk sendiri atau yang tiada asas atau sedang mencari modal unutk membuka perniagaan sendiri? Oleh kerana itu, PI Kg Merapoh mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada komuniti dalam menjana pendapatan secara digital melalui penglibatan mereka dalam eRezeki. Seperti yang diketahui, eRezeki merupakan salah satu usaha kerajaan bersama MDEC dalam membantu rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan pelusuk negeri menjana pendapatan melalui platform digital.

          Mendapat kerjasama dari petugas PI Gua Musang iaitu Encik Fadil untuk menjalankan taklimat penerangan eRezeki membuka mata peserta yang hadir rata-ratanya ialah suri rumah, dan belia yang masih tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masih mencari pekerjaan yang boleh menjana pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Komuniti setempat terutamanya suri rumah dan belia bergantung kepada kerja kampung iaitu menoreh getah, berkebun, berniaga kuih secara kecil-kecilan dan sebagainya untuk mencari rezeki. Kebanyakan dari mereka mempunyai asas-asas dalam penggunaan internet namun hanyalah tertumpu kepada penggunaan whatapps, facebook dan email shaja. Mereka juga hanya menggunakan platform tersebut untuk berhubung dan berniaga secara COD.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Selepas penglibatan PI dan mengikuti kelas dan bimbingan eRezeki di PI KgMerapoh, kini para peserta mulai sedar akan penggunaan internet jika digunakan dengan sebaiknya sehingga boleh mebantu mereka dalam menjana pendapatan secara digital dengan hanya di hujung jari mereka sahaja. Diantaranya mereka boleh mencari kerja sampingan melalui senarai kerja kosong yang terdapat di laman web erezeki, atau melalui tugasan mikro secra digital. Selain daripada itu, para peserta juga boleh menuntut ilmu secara digital yang boleh membantu mereka cara untuk menjana penadapatan secra online melaui aplikasi-aplikasi yang disediakan seperti aplikasi Manis, paypal, moocash dan sebagainya. Di laman web eRezeki ini, ia memberi penerangan kepada peserta yang telah mendaftar apakah keperluan yang diperlukan, cara dan apakah kelebihan jika menggunakannya.

          Selepas taklimat eRezeki ini dijalankan, banyak respon positif yang diterima. Para peserta yang hadir berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain dan mereka ama berminat untk sertai taklimat eRezeki yang seterusnya. Ada diantara mereka telah mula memuat turun aplikasi seperti manis dan sebagainya. Kini, mereka telah sedar akan penggunaan internet secara meluas dan jika digunakan dengan sebaiknya akan dapat membantu mereka dalam menjana pendapatan samapingan walau mereka hanya berada di luar bandar.

22752417 1812794648766011 1480887026 n

Para peserta (diantara komuniti kg Merapoh) mengikuti taklimat eRezeki yang disampaikan oleh Pengurus PI Gua Musang

22773503 1812794475432695 2129781041 n

Antara peserta yang hadir