MINAT KOMPUTER MENJADI PEMANGKIN KEPADA KEMAHIRAN ICT
Nama: Muhammad Akmal Bin Haris
Umur: 8 Tahun
Ahli: 2019
Latar belakang
Muhammad Akmal mula berkunjung ke Pusat Interet semenjak berumur 7 tahun dan telah mendaftar sebagai pelawat pada mulanya. Namun bapanya telah mendaftarkan beliau sebagai ahli kerana kerapnya beliau ke Pusat Internet. Akmal merupakan anak tunggal yang dibesarkan oleh bapanya kerana ibunya bekerja di bandar Kuala Lumpur. Disebabkan oleh kelapangan waktu beliau, bapanya telah membawa beliau berkunjung ke Pusat Internet Kg Merapoh bagi mengisi masa yang terluang. Pada awalnya, bapa beliau sering bertanya berkenaan dengan aktiviti di PI kerana sentiasa melihat kanak-kanak yang sebaya Akmal sering berkunjung ke PI.Setelah mendapat sedikit maklumat, beliau mula membawa akmal berkunjung ke PI selepas waktu sekolah memandangkan Akmal masih belum terlibat dengan kelas Kafa. Walaupun pertama kali berkunjung ke PI, Akmal sedikit pun tidak malu bertanyakan kepada petugas PI berkenaan pendaftaran sebagai pengguna komputer.Beliau sangat teruja apabila dapat menggunakan komputer buat pertama kali. Pada mulanya, beliau sememangnya tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam manggunakan komputer dan sentiana meminta bantuan petugas PI. Disebabkan keterujaan beliau untuk menggunakan komputer, beliau tidak kekok untuk meminta bantuan petugas PI walaupun beliau seorang yang agak pendiam dan pemalu. Hal ini menjadi pendorong kepada beliau untuk memahami dengan lebih cepat bagaimana untuk menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Akmal langung tidak pandai menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering meminta bantuan petugas PI apabila menggunakan komputer. Selain itu, Akmal sentiasa diperhatikan oleh bapanya yang selalu menemaninya sepanjang beliau berada di PI. Sebelum penglibatan PI, Akmal kebiasaannya menghabiskan masa menggunakan komputer dengan hanya melayari laman web youtube untuk menonton kartun kegemarannya. Akmal memerlukan bantuan untuk melayari laman youtube tersebut. Tahap kemahiran Akmal dalam menggunakan komputer pada ketika itu adalah sangat terhad dan memerlukan pertolongan dari petugas PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan dan bimbingan daripada petugas PI, kini Akmal semakin mahir dalam menggunakan komputer dan melayari internet dengan sendiri tanpa bantuan petugas PI lagi. Walaupun ketika itu beliau hanya di berumur 7 tahun, namun, beliau sudah mampu mengenalpasti setiap fungsi asas bagi perisian dan perkakasan komputer. Melalui kelas asas komputer yang dijalankan di PI, Akmal juga telah semakin mahir dalam menggunakan perisian asas Microsoft Word. Melalui aplikasi menaip online seperti typingclub.com yang telah diperkenalkan kepada beliau, beliau telah mampu untuk menaip dengan betul menggunakan komputer. Tambahan lagi, selepas penglibatan PI, penggunaan komputer oleh Akmal juga sudah tidak terhad kepada Youtube sahaja kerana beliau sudah mahir untuk membuka pelbagai aplikasi pembelajaran secara online seperti abcya.com, gamestolearnenglish, lingohut dan canva.com. Selepas penglibatan PI, beliau boleh dikatakan mahir dalam menggunakan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Tambahan lagi, tahap kemahiran Bahasa Inggeris Akmal juga semakin baik melalui kelas Bahasa Inggeris yang dijalankan pada setiap minggu di PI dengan kerjasama NGO Malayan Rainforest Station.
Akmal sedang mempelajari bahasa asing menggunakan laman web lingohut.com
Akmal (dua dari kanan) menghadiri kelas Bahasa Inggeris bersama MRS
USAHAWAN SAMBAL HITAM ALI PAKNGAH
Nama: Ahmad Fadli Bin Ibrahim
Umur: 29 Tahun
Ahli: 2016
Latar belakang
Dilahirkan didalam sebuah keluarga yang menjalankan aktiviti perniagaan telah membentuk minat usahawan sambal hitam ali pakngah Ahmad fadli untuk mencuba nasib dalam memasarkan sambal hitam resepi milik keluarga di pasaran. Memilih untuk tinggal di kampung halaman menjaga ibunya menjadikan ahmad memilih untuk mencari pendapatan sampingan selain melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan. Selain itu, pada waktu terluang, beliau aktif dalam menyampaikan dakwah kepada penduduk sekitar merapoh dan lipis.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di dalam dunia perniagaan sambal hitam, Ahmad aktif berkunjung ke Pusat Internet dalam mencari pekerjaan secara online melalui laman portal SPA, jawatankosongkerajaan dan lain-lain. Dari situ, beliau mula mengetahui bahawa pusat internet menyediakan kelas bimbingan ICT dan juga usahawan. Berbekalkan dengam minat, kemahiran dalam membuat sambal hitam Pahang, Ahmad mulai menghasilkan sambal hitam miliknya. Pada mulanya beliau hanya mempromosikan pada rakan-rakan terdekat melalui aplikasi whatapps dan di facebook namun dek kerana jualan tidak memberangsangkan, beliau mulai mendapatkan khidmat bimbingan di pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas usahawan di PI, beliau mempelajari cara untuk mengambil gambar produk dengan berkesan, membuat posting yang menarik perhatian pembeli di media sosial, mempelajari cara membuat poster produk dan lain-lain. Beliau juga turut membuat prmosi di laman sosial seperti di IG dan facebook di waktu peak hour, dengan posting yang lebih baik. Bagi membawa sambal hitam beliau ke pasaran yang lebih meluas, beliau telah mendaftarkan perniagaannya di SSM dengan nama Sambal Hitam Pahang Ali Pakngah. Mengambil maklum bahawa tanpa bantuan dari badan-badan kerajaan yang memberi ruang kepada usahawan tempatan, beliau telah berkunjung ke pejabat MARA serta TEKUN bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan yang lebih menyeluruh untuk meletakkan sambal hitam beliau ke pasaran yang lebih meluas.
Fadli belajar mengambil gambar produk di PI Kg Merapoh
Produk yang dikeluarkan oleh Ahmad Fadli
USAHAWAN WANITA SERBA BOLEH
Nama: Juzailah Ilyani Binti Abd Khalim
Umur: 38 Tahun
Ahli: 2019
Latar belakang
Puan Juzailah Ilyani atau mesra dipanggil Kak Long oleh warga setempat merupakan seorang ibu kepada dua orang anak yang kini sedang meniti alam persekolahan. Dibesarkan oleh ibunya yang menyara kehidupan mereka sekeluarga tanpa seorang ayah di sisi melalui gerai makanan tengahari sedikit sebanyak telah membentuk Kak Long menjadi seorang wanita yang berjiwa kental dan tidak mudah berputus asa dengan kehidupan. Bermula dengan perniagaan homestay kemudian beralih dengan perniagaan gerai makanan sendiri, kak long turut melakukan kerja sampingan seperti menyediakan perkhidmatan PA System kepada warga sekitar Merapoh, Lipis dan Gua Musang. Memangku jawatan utama sebagai Pengerusi AIM Cawangan Merapoh dan mantan sebagai Ketua Wanita dan Puteri tidak menjadikan Kak Long lelah dalam mencari sumber pendapatan yang stabil buat keluarganya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum bertemu petugas Pusat Internet, Kak long hanya mempromosikan perkhidmatan yang beliau jalankan melalui aplikasi whatapps dan facebook kepada rakan-rakannya. Beliau juga turut membuat promosi secara offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah berkunjung ke Pusat Internet Kg Merapoh, beliau mula mempelajari cara untuk membuat Perbankan Online, meningkatkan kemahiran menaip dan mempelajari asas ICT di Pusat Internet. Selain itu, beliau juga mula sedari kepentingan dalam memasarkan perniagaan dan perkhidmatan yang beliau jalankan secara lebih meluas melalui platform online. Oleh itu, beliau meminta bantuan petugas PI dalam membimbing beliau dalam memasarkan perniagaan beliau menggunakan google business agar kedai makan beliau dan perkhidmtan yang disediakan mendapat perhatian bukan sahaja dari pelanggan dalam negara, malahan dari luar negara berikutan lokasinya berhampiran dengan laluan ke Taman Negara Relau.
Kak Long sedang belajar bagaimana menggunakan email
Perkhidmatan PA sistem yang disediakan oleh Kak Long di majlis kahwin
KESUNGGUHAN MENGATASI SEGALANYA
Nama: Faridah Hanim Binti abdullah Yaakub
Umur: 48 Tahun
Ahli: 2019
Latar belakang
Puan Faridah merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan dua orang adik yang kelainan upaya. Beliau telah kehilangan suami ketika beliau sedang mengandungkan anak tunggalnya. Beban yang terpaksa ditanggung oleh beliau menyebabkan beliau tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa menjaga anak dan dua orang adiknya yang kelainan upaya.Bagi menampung perbelanjaan harian, beliau hanya bergantung kepada pencen yang ditinggalkan oleh suaminya dan menerima sedikit bantuan zakat yang tidak seberapa. Memandangkan anaknya telah bersekolah dan mampu menguruskan diri sendiri, Puan Faridah mula untuk mencari pekerjaan bagi menaikkan taraf hidupnya sekeluarga. Beliau mula datang ke Pusat Internet Kg Merapoh bagi meningkatkan kemahiran dirinya terutama dalam bidangn ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum hadir ke PI, tahap pengetahuan ICT Puan Faridah sangat terhad dan beliau tidak pandai dalam menggunakan komputer. Kebanyakkan masa beliau dihabiskan dengan hanya duduk di rumah dan tidak bekerja. Disebabkan anaknya telah besekolah menengah, beliau ingin mencari pekerjaan bagi mengisi masa lapang dan meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Namun, kemahiran komputer yang terhad membataskan beliau untuk mencari pekerjaan. Tambahan lagi, beliau tidak yakin untuk menggunakan Microsoft Office 2010 berikutan kurang kemahiran dan pendedahan untuk menggunakan perisian tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI serta latihan yang berterusan, Puan Faridah kini sudah mula yakin untuk menggunakan komputer. Kemahiran menaip juga semakin meningkat melalui aplikasi menaip atas talian disamping dengan latihan berterusan yang dilakukan setiap kali beliau hadir ke Pusat Internet. Selain itu, beliau juga semakin mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office 2010 iaitu MS Word, dan MS Powerrpoint. Dengan peningkatan kemahiran dalam menggunakan komputer, beliau kini semakin yakin untuk mencari pekerjaan dalam meningkatkan taraf hidup keluarga beliau.
Faridahanim mempelajari asas dalam menaip menggunakan aplikasi www.typingclub.com
Faridahanim turut mempelajari kemahiran Bahasa Inggeris
PRODUK KOSMETIK HASIL INOVATIF USAHAWAN TEMPATAN
Nama: Norhayati Binti Salleh
Umur: 43 Tahun
Ahli: 2018
Latar belakang
Pemilik bernama Puan Hayati Salleh atau lebih dikenali sebgai cikgu Hayati , merupakan seorang Guru Kaunseling di siang hari, manakala di malam hari beliau menjana idea dalam menghasilkan produk kosmetik yang mesra alam dan selamat tanpa bahan kimia melalui produk beliau sendiri iaitu Atie Tie Beauty.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum bermulanya penghasilan produk beliau, idea tercetus dek kerana permasalahan wajah dari Puan Hayati sendiri. Beliau menghidapi masalah kulit wajah yang berjerawat, berminyak dan parut yang jelas kelihatan. Beliau telah mencuba beberapa produk di pasaran namun tidak berjaya. Oleh itu, kerana minat yang mendalam dalam kajian dan kosmetik, beliau mula menubuhkan Atie Tie Beauty hasil dari try and error serta dibawa kepada ujian makmal utnutk mendapatkan pengesahan dari KKM akan keselamatan produk beliau. semangat belaiu untuk menjadi usahawan Berjaya semakin membara selepas mendapat pengesahan dari KKM namun terkubur dek kerana kurang keyakinan dalam sambutan dari pengguna di pasaran sehinggalah beliau berjumpa petugas Pusat Internet Kg Merapoh.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas kemahiran keusahawan dan bertemu petugas PI Kg Merapoh, keyakinan Puan Hayati telah mula bercambah dalam menjalankan promosi dan pengenalan produk Atie Tie Beauty secara progresif. Di Kelas keusahawan PI, beliau mula mempelajari cara dan teknik promis hard sell dan soft sell di media sosial, cara dan teknik untuk mengambil gambar produk, tips untuk menarik pelanggan dan meningkatkan jualan. Selain daripada itu, belaiu juga mengambil peluang meningkatkan kemahiran komputer dan menjana kekreatifan beliau dalam menghasilkan label, facebook post, poster dengan menggunakan Canva dan Paint dalam mengedit gambar produk. Kini, berbekalkan semangat tidak putus asa dan cintakan ilmu, beliau sentiasa mencari peluang untuk hadir ke kelas keusahwanan PI dalam meningkatkan jualan serta memberi kesedaran kepada para pengguna produk kosmetik supaya memilih produk yang selamat tanpa bahan kimia
Puan Hayati dibimbing oleh petugas dalam membuat facebook post menggunakan Canva
Puan Hayati dibimbing oleh petugas dalam membuka dan menguruskan akaun fb dan page produk beliau di telefon pintar