Sekolah Kebangsaan Merapoh diambil nama sempena nama Kampung Merapoh. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1963, iaitu kira-kira 54 tahun yang lalu. SK merapoh telah menjadi antara pusat pendidikan terawal yang ditubuhkan di Kampung merapoh dimana telah menampung pelajar dari beberapa buah kampung yang lain yang berada berdekatan Kampung Merapoh seperti Kampung Persit, Kampung Ulu Kumbang, dan Kampung Teluk Gunung. Sebelum penubuhan Sekolah Kebangsaan Teluk Gunung, bilangan pelajar di SK Merapoh adalah terlalu ramai ditambah pula dengan pelajar SMK Merapoh yang turut menumpang di beberapa buah bangunan di SK Merapoh.