Mohh!! Kita Hogoh Ramai2...Daftar Segera
Buka untuk lagi 100 kekosongan
40 seat terhad untuk Khas Nature Guide CTRE
Jangan lepaskan peluang ini..
Buat Aktiviti Caving dapat 2 Sijil CTRE mana nak cari Weh!!
Ctre 1 slot teknikal adventue caving
Ctre 2 slot river cave adventure
Daftar kat sini
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdk1zo0N83x_aQ9_-i0CDh1i01Ih-r7oSzOE2DvzjH3VJR28w/viewform
TAMAN NEGARA SUNGAI RELAU
Pengenalan:
Taman Negara Sungai Relau, Merapoh merupakan salah satu destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia yang mana ia juga merupakan lokasi permulaan pendakian ke gunung Tahan selain dari Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.Taman Negara Sungai Relau ini mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah iaitu sejenis ikan popular yang mana harga seekor ikan boleh mencecah ratusan ringgit. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara.
Info Pelawat :
Permit Dan Lesen
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM 1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM 10.00 setiap satu dan lesen kamera ialah RM 5.00 setiap satu.
Kemudahan yang disediakan:
- Tapak perkemahan/tandas awam
- Kawasan rekreasi/gazebo bersebelahan sungai serta tapak BBQ
- Pengangkutan pacuan 4 roda (tempahan)
- Perkhidmatan pemandu pelancong (tempahan)
MENDAKI GUNUNG TAHAN
Untuk mendaki Gunung Tahan, pelawat perlu melalui sungai Relau dan menaiki pacuan 4 roda ke Juram iaitu tempat permulaan aktiviti pendakian. Pendakian ini mengambil masa kira-kira 4 hari iaitu bermula di sungai Relau dan berakhir di Gunung Tahan. Setiap pelawat yang hendak mendaki gunung Tahan perlulah mendapatkan khidmat pemandu pelancong danmematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak PERHILITAN dan Taman Negara.
MEMBERI MAKAN IKAN KELAH
Aktiviti ini merupakan daya tarikan kepada peminat ikan air tawar. Pelawat berpeluang memberi makan kepada ikan kelah dan memegangnya sekaligus melihat dengan lebih dekat habitat semulajadinya.
Alamat:
Taman Negara Sungai Relau, Merapoh
27210 Kuala Lipis, Pahang
Tel/ Faks:09-912 4894
Bagi aktiviti-aktiviti di dalam taman negara ini, pihak Taman Negara Sungai Relau telah membuka peluang perniagaan penduduk Kg. Merapoh sebagai sumber pendapatan yang mana mereka memberi perkhidmatan jurupandu dalam taman negara, pengangkutan dan juga aktiviti-aktiviti lain yang disediakan. Pak Teh Lan merupakan salah seorang yang menjalankan perniagaan ini. Beliau bukan sahaja menjadi jurupandu pendakian gunung, malah turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan katering.
Untuk menghubungi beliau :
MR ROSLAN ABDULLAH (Pak Teh Lan) : 017-9153034
Halaman 2 dari 2